fbpx

Video Ucapan Hairul Azreen Dikritik Tak Hormat Isteri

Baru-baru ini, video ucapan yang dimuat naik oleh Hairul Azreen yang ditujukan buat isterinya, Hanis Zalikha mendapat perhatian warga Twitter dimana rata-rata mereka beranggapan ianya agak kurang sopan untuk dikongsikan.

Menerusi video tersebut, Hairul berpesan kepada isterinya supaya menjaga diri serta anak sementara dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran. Di akhir video tersebut, Hairul turut menyatakan hasrat untuk menambah anak ketiga.

BACA: Nazar Anak Kedua, Hairul Azreen Jual Superbike & Kereta Mewah

Meskipun ada yang terhibur serta menganggap video ucapan tersebut kelakar, namun ada sesetengah netizen mendakwa pelakon itu seolah tidak menghormati maruah isterinya. Malah, ada yang mengatakan hal rumah tangga tidak perlu diceritakan kepada umum.

Dalam pada itu, ada dikalangan netizen turut meminta agar pelakon itu memadam video tersebut. Bagaimanapun setakat ini, masih tiada sebarang reaksi daripada Hairul berkenaan komen-komen netizen tersebut.