fbpx

Nazar Anak Kedua, Hairul Azreen Jual Superbike & Kereta Mewah

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Hairul Azreen melahirkan rasa syukur  menunaikan nazar dengan menjual kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi kesayangannya.

Menerusi Instagram, Hairul memaklumkan dia membuat keputusan tersebut demi keluarga tercinta dan ianya sudah pun dijual.

BACA: Hanis Zalikha, Hairul Azreen Bakal Timang Anak Kedua

“Nazar saya untuk anak ke-2. Jual superbike dan super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun,” kata Hairul dalam kapsyen perkongsian gambarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Hairul yang sangat mementingkan keluarga serta menjadi contoh seorang suami dan ayah yang baik.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar rezeki mereka sekeluarga dipermudahkan dan kata mereka lagi Allah akan memberikan rezeki melimpah ruah jika sanggup berkorban demi keluarga.

Hairul Azren mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki,  Yusuf Iskandar kini berusia 3 tahun.