fbpx

Video: Trailer Rasmi The Dark Knight Rises

Kalau anda peminat tegar filem Hollywood, pasti trailer The Dark Knight Rises ini sudah pun anda tonton kerana kurang 24 jam, video di Youtube telah pun menerima lebih 1.5 juta hits.

Jadi, apa yang boleh kita simpulkan dari trailer berdurasi 131 saat ini? Untuk kami, ianya lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan untuk apa yang bakal Christopher Nolan sajikan.

Kempen iklan The Dark Knight Rises sejak awal membayangkan yang dalam filem terakhir ini, perjuangan Batman bakal berakhir tetapi norma sebuah filem superhero Hollywood, perkara ini bukan satu kebiasaan.

Catwoman (Anne Hathaway) yang sebelum ini kita jangka akan membantu Batman dalam memperjuangkan kedamaian bumi Gotham seolah olah kini menjadi seteru — berdasarkan dialog amaran dalam trailer ini.

Jika anda mengikuti perkembangan gerakan Occupy Wall Street, trailer penuh pertama ini membayangkan ia’nya terjadi di bandar Gotham dan kota ini bersama Batman berada dalam satu masalah besar.

Apa pun, kami lebih dari teruja untuk menonton filem The Dark Knight Rises ini di’pawagam pertengahan 2012 nanti. Pasti’nya akan kami tonton dalam edisi IMAX. Fuuuu!