fbpx

Video: Teaser Despicable Me 2, Ke Pawagam Jun 2013

Yeahhh! Filem animasi kegemaran kami bakal kembali ke pawagam sekitar pertengahan tahun 2013 dan ini teaser pertama mereka.

Kebetulan atau memang sesuatu yang di’sengajakan, teaser untuk Despicable Me 2 ini di’lancarkan dalam hari yang sama Dr. Seuss’ The Lorax di’tayangkan.

Dr. Seuss’ The Lorax merupakan buah tangan terbaru Universal Pictures yang juga penerbit filem Despicable Me yang pertama.

Dalam teaser yang di’lancarkan, ia menunjukkan minion kuning comel dan kelakar menyanyikan semula lagu Barbara Ann yang asal’nya di’nyanyikan oleh The Beach Boys. Ringkas, tetapi kelakar habis!

Penulis yang sedang berada di Starbucks ini hanya menahan ketawa seorang diri takut takut orang ingat sudah hilang akal. Despicable Me 2 akan muncul di pawagam sekitar Jun & Julai 2013.