fbpx

Video: Sony Pictures Lancar Trailer Pertama Men In Black 3, Tayangan 2012

Rasa’nya baru sahaja Sony Pictures umumkan yang bakal ada filem ketiga dari jenama Men In Black dan hari ini mereka melancarkan trailer pertama.

Masih mengekalkan Will Smith & Tommy Lee Jones sebagai teraju utama seperti mana dua filem sebelum ini, trailer ini memberikan gambaran awal tentang jalan cerita filem ini nanti.

Yang boleh kita ketahui, Agent J (Will Smith) akan kembara ke masa lampau iaitu 1969 untuk mengelakkan rakan sekerja Agent K (Tommy Lee Jones) daripada menjadi sasaran pembunuh.

Watak Agent K semasa muda di’bawa oleh Josh Brolin yang kami kira sangat bijak meniru gaya lakonan Tommy Lee Jones dalam dua filem Men In Black sebelum ini.

Paling menarik perhatian kami ialah cara Agent J merentas masa kembali ke tahun 1969 — terjun bangunan dengan kelajuan graviti bersama sebuah alat khas. Boleh ngilu jantung, tetapi kreatif.

Men In Black 3 akan mula di’tayangkan pada 25 Mei 2012. Lama lagi, tetapi harapan kami ia’nya awesome.