Dan, Shila Amzah kembali lagi dengan sebuah lagu baru dan sekali lagi ini merupakan sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh empunya suara.

Lagu bertajuk Sedar merupakan single kedua Shila Amzah yang bakal di’lancarkan sepenuhnya sekitar Mac 2012 — menurut maklumat terakhir yang di’terima.


Walaupun dalam video di’bawah Shila Amzah membawakan lagu ini dalam versi akustik, Sedar ini merupakan sebuah lagu dengan rentak rancak pada asalnya.

Menariknya, pada awal video versi akustik untuk lagu Sedar ini, Shila Amzah ada menyebut nama seorang jejaka iaitu Harris dan penjelasan ringkas melalui Twitter penyanyi ini menjelaskan yang Harris merupakan kisah lama beliau. 

Kalau anda rajin, anda semua boleh ke Youtube sekarang untuk melihat komen para peminat Shila Amzah yang prihatin akan rantai burung hantu yang beliau kenakan dalam video tersebut. Heh.