fbpx

Video Separuh Bogel Tular, Shuk Sahar Ambil Tindakan Undang-Undang

Sejak semalam nama pelawak terkenal, Shuk Sahar hangat diperkatakan apabila tular video mirip dirinya dalam keadaan separuh bogel didedahkan oleh seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya.

Menafikan bahawa video tersebut adalah video baru, Shuk menganggap ia promosi buat dirinya yang sudah hilang mata pencarian.

BACA: “Itu Bukan Video Baru, Jangan Guna Masa Silam Orang Sebagai Ugutan”

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, isteri Shuk iaitu Rossa Sera memaklumkan dia dan suami akan melaporkan ke pihak polis dan mengambil tindakan undang-undang.

“Seperti yang semua mungkin dah tahu, sekarang tersebar banyak cerita yang tak best dan tohmahan sehingga mengancamkan keselamatan suami dan keluarga saya.

“Bagi saya tindakan ini keterlaluan kami terpaksa ambil tindakan. Saya tak nak komen apa-apa, biar peguam dan pihak berkuasa yang siasat perkara ini,” katanya.

Sementata itu, Sera yang ketika itu bersama peguamnya turut mengulas mengenai isu tersebut.

“Kami dalam proses penelitian. Saya percaya anak guam saya telah dianiaya dan terdapat elemen unsur fitnah,” kata paguamnya.

Selain tular video separuh bogel, semalam kecoh apabila kekasih gelap Shuk itu mendedahkan menerima mesej daripada wanita mendakwa hampir dirogol oleh pelakon dan pelawak itu.

Dakwa wanita itu lagi, dia sudah pun membuat laporan polis namun menarik semula laporan berkenaan kerana kasihankan pelawak tersebut.