fbpx

“Itu Bukan Video Baru, Jangan Guna Masa Silam Orang Sebagai Ugutan”

Kontroversi melibatkan Shuk Sahar kembali menjadi bualan ramai apabila seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya memuat naik video lelaki separuh bogel mirip pelawak tersebut.

Susulan pendedahan tersebut, isteri Shuk iaitu Rossa Sera memuat naik video di IG story menafikan perkara itu bahawa ia bukan video baharu seperti didakwa.

BACA: Wanita Dakwa Pernah Cuba Dirogol Shuk Sahar

Dalam pada itu, Shuk berkata dia tidak dapat berbuat apabila susulan tindakan wanita itu memuat naik video berkenaan. Namun Shuk menganggap ia promosi buat dirinya yang sudah hilang mata pencarian.

 

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai Polis lah cerita.

“Takkanlah video baharu, kami tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk kan. Nak buat macam mana… Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib,” katanya.

Menerusi satu lagi video, isteri Shuk turut mempersoalkan duit yang diminta oleh wanita itu sehingga dengan berani sanggup membuka aib sendiri.

“Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar minyak ke? Bayar duit hotel kamu ke? Kata semalam terima kasih cinta ‘untuk segalanya’,” katanya.

Semalam kecoh apabila kekasih gelap Shuk itu mendedahkan menerima mesej daripada wanita mendakwa hampir dirogol oleh pelakon dan pelawak itu.

Dakwa wanita itu lagi, dia sudah pun membuat laporan polis namun menarik semula laporan berkenaan kerana kasihankan pelawak tersebut.