fbpx

Pertama sekali terima kasih kepada JS Concert yang memberi peluang kepada kami untuk membuat liputan sambil berhibur. I shit you not, media area memang happening malam tadi.

Selepas hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Malaysia, Westlife kembali ke sini yang merupakan negara pertama luar Eropah yang mereka jelajah sekitar hujung 90’an dahulu.

Menjadi antara kumpulan pop yang masih bertahan sehingga ke’hari ini, Westlife tampil dengan persembahan bertenaga seperti mereka masih remaja walaupun ada yang sudah bergelar bapa.

Mendendangkan lagu lagu popular mereka seperti Season In The Sun, Flying Without Wings, My Love, Uptown Girl dan banyak lagi, Westlife ternyata masih mempunyai ramai peminat di’Malaysia.

Tulis banyak tidak berguna lebih lebih lagi di’hujung minggu sebegini, layankan video & gambar yang berjaya kami rakamkan ketika berada di konsert Westlife Gravity Tour Live In Kuala Lumpur 2011.