fbpx

Lewat semalam ketika kami menghadiri sidang akhbar untuk konsert sempena 25 tahun Ruth Sahanaya, kami terserempak dengan si cantik Sari Yanti.

Tidak kami pasti apa sebenar tujuan Sari Yanti berada di'situ — mungkin beliau salah seorang peminat besar penyanyi bergelar diva Indonesia ini.

Yang pasti, kami sempat berbicara bersama Sari Yanti tentang perkembangan baru beliau & mengusik tentang kandungan beliau yang kini sudah pun mencecah tempoh matang.

Menurut Sari Yanti, beliau kini hanya menunggu saat saat kelahiran anak kedua beliau yang boleh tiba bila bila masa sekarang ini. Sari Yanti turut memberitahu dengan izin Allah nanti, beliau dan suami akan menerima bayi lelaki untuk kali kedua.

Berkaitan perkembangan kerjaya, Sari Yanti kini masih boleh anda tonton di'kaca televisyen menerusi drama bersiri Suria Di Cordoba yang ke'udara di Astro Prima setiap Selasa.

Kami di Rotikaya HQ mendoakan semoga kandungan Sari Yanti akan selamat sehingga tiba masa'nya & Sari Yanti bersama suami menerima ahli keluarga baru yang comel.

zp8497586rq