fbpx

Video: Redza Minhat Dalam Filem Pendek Raya PETRONAS, Strangers

Sebenar’nya video ini merangkumi semua perkara & perayaan yang bakal kita semua sambut dalam masa terdekat iaitu raya Aidilfitri, Hari Merdeka & Hari Malaysia.

PETRONAS tahun ini mengambil pendekatan mengabungkan semua elemen yang perlu ke’dalam sebuah filem pendek yang pada hemat kami memang berkesan.

Filem pendek yang di’bintangi pelakon Redza Minhat ini turut menekankan elemen yang menjadi tema PETRONAS tahun 2012 ini iaitu ‘Reimagining Energy’.

Mengisahkan seorang jurutera bernama Erman yang bekerja di Asia Tengah dan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari rumah dan berbeza budaya.

Erman bertemu dengan seorang kanak kanak lelaki tempatan bernama Jeyhun. Perkenalan yang bermula sebagai orang asing ini berakhir dengan ikatan yang menyentuh hati.

Filem pendek berjudul Strangers ini di’arahkan oleh Quek Shio Chuan yang memang terkenal dengan hasil cemerlang beliau dalam menerbitkan filem pendek selama ini & ini satu lagi hasil cemerlang beliau yang wajib tonton. Enjoice!