fbpx

Video: Persembahan Jaclyn Victor Pukau Penonton Di Indonesian Idol

Pertama sekali, kenapa kita sudah tidak ada Malaysian Idol? Adakah peminat Malaysia sudah tidak perlukan idol atau peratusan undian SMS yang tidak mencukupi? #rage

Tahukah anda kemunculan Jaclyn Victor di Indonesian Idol 2012 untuk membuat persembahan dan menjadi juri jemputan telah menjadi trending topic di Twitter?

Media di Indonesia juga banyak memetik kemunculan Jaclyn Victor sebagai sesuatu yang signifikan pada malam semalam & menyifatkan penyanyi ini sebagai figura yang mempunyai kualiti vokal penyanyi bertaraf antarabangsa.

Jaclyn Victor menyampaikan sebuah lagu duet bersama Afgan & sebuah lagu I Have Nothing yang di’popularkan oleh Whitney Houston dan anda boleh saksikan selepas ini.

Dan, mereka menyakan kemunculan Jaclyn Victor sebagai satu fenomena sama seperti Siti Nurhaliza yang mereka sayangi sehingga ke hari ini. Enjoice!