fbpx

Video: Persembahan Bertenaga Nidji Di The Loft, Kuala Lumpur

Bukan’lah eksklusif mana video yang kami ada ini, hanya rakaman dari sebuah kamera kecil untuk tatapan anda semua yang tidak dapat hadir ke konsert khas Nidji di The Loft, Kuala Lumpur.

Konsert khas ini merupakan salah satu program dalam tentatif siri jelajah Rock & Stars yang turut membawa masuk Astrid, Geisha & D’Masiv.

Ini juga merupakan satu-satu’nya persembahan Nidji untuk mereka yang ada di Kuala Lumpur kerana malam sebelum’nya, kumpulan berpengaruh Indonesia ini menggegarkan pentas Hot FM Big Jam 2012 di Kuala Terengganu.

Membawakan lagu lagu terbaik mereka yang pernah & sedang popular, video di bawah memaparkan showmanship mereka yang penuh bertenaga, Dua malam menyaksikan mereka secara live, tidak cukup. Enjoice!

Rock & Stars di’bawakan kepada anda oleh Universal Music dan Rumpun Records. The Loft sebagai penaja lokasi persembahan. Redbox & Redbox Plus sebagai penaja bersama. Suria FM sebagai radio rasmi. S2 Studio bertindak sebagai jurugambar rasmi & Rotikaya.com selaku media online rasmi.