fbpx

Wajah pelakon ini pasti agak familiar untuk anda yang gemarkan akviti bermalasan di'hadapan kaca televisyen menonton drama Melayu.

Pelakon lelaki berbadan sasa ini bernama Jesse Lim, jika anda ingin tahu dan secara kebetulan kami terserempak dengan pelakon ini selepas membuat liputan di One Utama, Bandar Utama.

Jesse Lim agak terkejut apabila di'sapa oleh wartawan kami ketika itu tetapi dengan mesra melayan pertanyaan tanpa segan silu.

Menurut Jesse Lim yang kebetulan kami temui sedang memegang sepanduk, beliau hadir ke'situ bersama sebuah agensi pengiklanan untuk mempromosikan hartanah mewah.

Dan aksi beliau bersama seorang rakan yang seakan akan sedang bersenam merupakan salah satu gimik untuk mempromosikan gaya hidup yang boleh di'nikmati mereka yang berminat untuk menjadi pemilik hartanah mewah itu.

Jesse Lim juga berkata beliau baru sahaja tamat penggambaran drama 'Metro Skuad' bersama Skop Productions — tidak tahu'lah sama ada benar atau cover line. Oops.

Jika anda perasan, dalam minit minit terakhir video terjah kami ini, Jesse Lim sempat memberikan pose menarik buat anda semua — gambar Jesse Lim selepas ini. Enjoice!

zp8497586rq