fbpx

Video: Paris Hilton Mahu Jadi ‘House DJ’ Paling Hebat

PhotobucketKami harap ini merupakan satu big rumor tapi malangnya ini cerita betul.

Menurut TMZ, Paris Hilton tengah berusaha atau lebih tepat berangan-angan menjadi House DJ paling hebat sepanjang masa.

Bagaimana Paris ingin lakukannya?

Dia telah travel ke seluruh dunia dan keluar bersama-sama DJ terkenal. Paris dilaporkan begitu rapat dengan nama-nama besar dalam dunia DJ seperti Afrojack (Give Me Everything), David Guetta (Where Them Girls At) dan dia juga telah muncul dan membuat persembahan bersama Deadmau5 diatas pentas semasa Hari Buruh.

Kami rasa orang seperti Paris Hilton akan berfikir mereka mampu menjadi apa saja termasuk DJ terkenal dan menggunakan kemashuran untuk mendapatkan high profile gig!

Kadang-kadang mungkin berhasil tapi kami rasa ini lebih kepada lawak jenaka sama seperti karier nyanyian Paris dulu.

Paris juga merancang untuk mengeluarkan album sendiri akhir tahun ini.

Muntah!