fbpx

Video Panas Tersebar, Aiman Tino Lapor Polis

Sekali lagi dikaitkan dengan video panas seorang invididu yang mirip dirinya, Aiman Tino kali ini mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berkenaan dengan membuat laporan polis.

BACA: Isu Video Lucah, Aiman Tino Beri Penjelasan

“Berkenaan video yang tular, baru-baru ini, yang mengaibkan diri saya dan keluarga, saya sudah pun mengambil tindakan dan saya memandang serius perkara ini. Kita jumpa di mahkamah nanti”

“Tindakan ini wajar diambil agar memberi pengajaran kepada si penyebar. Jangan ingat kami artis hanya berdiam diri. Kalau individu terbabit berniat melakukan perkara sama lagi, dia perlu ingat, dirinya sedang diburu,” katanya.

Menurut Aiman, beliau sudah tidak mampu berdiam diri lagi apabila individu berkenaan semakin berani mengenakan dirinya sehingga menjejaskan reputasi kariernya dan maruah keluarga turut tercalit.

Aiman yang membuat laporan terbabit di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor, jam 11.52 malam tadi berkata, tindakan ini diambil sebagai pengajara dan jangan menganggap sebagai artis, mereka hanya berdiam diri saja.

Minggu lalu sebuah video panas telah tersebar dan ramai mendakwa lelaki berkenaan adalah Aiman berikutan baju yang sama dipakai Aiman. Jelas Aiman, beliau juga membeli baju tersebut seperti orang lain. (rtky/w)