fbpx

Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Tular?

Ahad lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian pelakon Nad Zainal dan suaminya, Muhammaf Faliq. Bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai hal perpisahan mereka.

Belum reda mengenai berita perpisahan pelakon itu, hangat diperkatakan video temu bual Nad bersama sebuah program hiburan HLive pada Julai lalu. Dalam video itu, Nad seoalah memberi bayangan mengenai konflik rumah tanggnya.

BACA: Nad Zainal, Suami Sah Bercerai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Saya cakap dengan pasangan saya, if you tak ada hati then cakap terus dengan saya. Tak payah nak tipu-tipu. Sebab saya tak nak tau daripada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nad berkata dia juga tidak akan memujuk mahupun bergaduh sebaliknya berpisah sahaja kerana apa yang penting baginya adalah anak-anaknya.

“So, sekarang ni saya tak kisah lah kaya ke, miskin ke, rupa elok ke, tak elok ke kalau saya… saya tak ada nak pujuk-pujuk dah, just go lah. Lagipun I malas nak gaduh-gaduh. Yang penting sekarang anak-anak saya,” katanya.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahay mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom kini berusia setahun.