fbpx

Nad Zainal, Suami Sah Bercerai

Tiada angin tiada ribut, pelakon Nad Zainal mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik Harian Metro, Nad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal perceraiannya itu serta mengatakan keadaannya baik-baik sahaja.

BACA: “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri” – Nad Zainal

“Saya baik-baik saja. Betul, kami sudah bercerai. Tapi saya minta maaf sebab kami dah bersetuju tak nak kongsi lebih lanjut. Minta maaf sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Nad memberitahu hubungannya dengan suami masih baik dan dia kini mahu memberi fokus pada kerjayanya.

“Sekarang ini anak-anak dengan saya. Hubungan dengan bekas suami juga baik. Saya okay saja. Saya nak kerja saja sekarang,” katanya.

Terdahulu, Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahay mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom kini berusia setahun.