fbpx

“Video Muzik Tak Kelakar, Aku Baru Nak Sembuh Depresi”

Khabarnya muzik video terbaru Drama Band bertajuk Drama mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Menjadi mangsa salah satu watak yang diparaodikan, Heneesya Hanee meluahkan rasa bengang terhadap kumpulan itu.

BACA: Haneesya Hanee Dikecam Kerana Wajah Terlalu Matang

Menurut Hanee, jiwanya masih tertekan dengan kontroversi kelab malam itu dan sedang memulihkan diri namun timbul pula muzik video yang sengaja mempersendakan maruahnya pula.

Malah Hanee turut berpesan dengan sinis kepada Drama Band agar ahli kumpulan itu mendapat segala perhatian yang diingini. Rata-rata ramai turut bersetuju dengan pendapat Hanee dan mengecam video berkenaan.

Dalam masa yang sama, ibu Hanee dalam satu kenyataan turut menyelar kumpulan itu dan mendakwa mereka sebagai batak isu kerana menggunakan kontroversi anaknya sebagai bahan jenaka dalam lagu.

Bagi sesiapa yang sudah menonton muzik video lagu Drama pasti tahu jalan ceritanya yang memaparkan paraodi beberapa kontroversi hangat di Malaysia termasuk Hanee, Haqiem Rusly, Nabila Razali dan Ernisha. (rtky/w)