fbpx

Haneesya Hanee Dikecam Kerana Wajah Terlalu Matang

Sudah hampir sebulan berlalu kontroversi panas ketika menyertai sebuah program realiti popular, nampaknya Haneesya Hanee terus bangkit dan namanya kini semakin berkembang dalam dunia peragaan.

Baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-19 tahun, bagaimanapun gambar yang dikongsikan ketika sambutan hari jadinya itu menjadi bualan ramai apabila ada netizen mengatakan wajahnya terlalu matang dan tidak sesuai dengan usianya.

BACA: Haneesya Hanee Padam Gambar Juarai Dewi Remaja

Perkara itu mendapat perhatian Haneesya yang meluahkan rasa kecewa apabila namanya viral hanya kerana sebab tidak berasas gara-gara wajahnya yang kelihatan matang.

Menerusi Twitter, Haneesya juga tidak faham mengapa isu kecil seperti ini boleh diperbesarkan. Katanya lagi, dia juga tidak minta untuk dilahirkan dengan memiliki wajah matang.

“Dah nak buat macam mana muka matured. Takkan aku nak pakai baju Barbie semua baru nampak macam muda.

“Kena viral sebab muka matang. Kena kecam sebab muka matang. Ya Allah, adakah saya minta untuk dilahirkan dengan muka matang? Sudah tentu tidak,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan pendapatnya dan meminta Haneesya tidak mempedulikan komen negatif tersebut yang disifatkan cuba menjatuhkannya. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin netizen itu cemburu kerana tidak memiliki wajah seperti Haneesya.