Video Muzik Raya Kontroversi, DSV Pula Dipanggil SKMM
Nampaknya selepas Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung video muzik (MV) raya yang mencetuskan kontroversi.
Perkara itu dikongsikan oleh Vida Rabu lalu dimana usahawan itu memaklumkan akan memberi keterangan bagi membantu siasatan selepas ada pihak membuat laporan tentang MV itu kepada pihak berkuasa.
BACA: Netizen Malu Tengok DSV, Lucinta Luna Menggeletis Di Pavilion
View this post on Instagram
“Saya tak tahulah nak cakap macam mana sebenarnya. Untuk MV lagu Muah Muah Raya itu, saya sebenarnya tak adalah promo sangat setelah Datuk Aliff Syukri dah dipanggil oleh SKMM sebelum ini.
“Tapi, untuk pengetahuan, saya dah buat benda ini sebelum Aliff Syukri lagi. Tapi tetap kena panggil, maka saya kena pergilah ke sana untuk diambil keterangan berhubung lagu Muah Muah Raya itu.
“Saya ini pun memang tak sihat, sakit kepala bagai tapi saya akan turuti arahan. Saya cuma fikir, apa yang saya buat itu sebagai hiburan saja, bukan apa-apa. Tapi ada orang yang melaporkan,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu juga, Vida dilihat berjalan di sekitar kediamannya sebelum memeluk anak lelakinya, Kacak.
Terdahulu, MV raya Vida itu mencetuskan kontroversi apabila memaparkan kumpulan penari ‘drag queen’ sehingga ada yang mendakwa mencemarkan kesucian agama Islam.
- SUMBER
- Utusan Online
Tkpe dipanggil je. Umpama sesi berkenalan laa sbb nk buat ape2 tk blh skmm tk de kose. Haha. Mcm kata annuar musa.
dorang ni mmg tak belajar drpd kesilapan ke.
Anuar musa samanbodoh dengan MB Selangir tak ada kuasa. Dua dua telor dah kena kepit dengan tauke judi, rumah urut dan pelacuran.