fbpx

Video: Miera Liyana Bercakap Tentang Jodoh Bersama Kekasih, Shahz Jaszle

Kalau anda tanya peminat hiburan siapakah selebriti yang suka mencipta kontroversi sejak akhir akhir ini, pasti nama Miera Liyana menjadi salah satu nama yang keluar.

Tidak kami salahkan pelakon muda ini apabila nama'nya sering di'kaitkan dengan kontroversi — hidup dalam dunia industri, pandai pandai'lah untuk bernafas dalam lumpur, bak kata Wings.

Semalam kami terserempak dengan Miera Liyana yang sedang menjamu selera bersama pembantu peribadi beliau di'sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Miera Liyana tidak sombong apabila kami yang kerdil ini datang mendekati malah ceria apabila kami memperkenalkan diri dan tidak lokek untuk berkongsi cerita dengan kami.

Perbualan kami banyak berkisar tentang gossip belakang tabir dunia hiburan tanah air sehingga terlupa untuk bertanyakan soalan yang lebih serius kepada Miera Liyana sendiri.

Hasil'nya, video yang boleh tahan tidak serius dan Miera Liyana juga sempat menjawab soal jodoh & perkahwinan dengan kekasih tersayang — Shahz Jaszle. Juga, gambar terbaru Miera Liyana selepas ini.

zp8497586rq