fbpx

Video Menangis Rumah Diceroboh, Nabila Huda Akui Hanya Gimik

Pasti ramai masih ingat lagi bulan lalu pelakon Nabila Huda ada memuat naik videonya berdepan insiden mencemaskan dan menangis ketakutan apabila rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Ramai yang bimbang dengan keadaannya namun Nabila berkata dia berada dalam keadaan baik. Rupanya, Nabila memberitahu ia hanya gimik semata-mata untuk program terbaru The Masked Singer Malaysia dimana dia ditugaskan untuk menghasilkan video khas mempromosikan program tersebut.

BACA: Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Menangis Teresak-Esak

Bagaimanapun, Nabila berkata dia tidak menyangka lakonannya itu keterlaluan sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak. Difahamkan, Nabila juga merupakan salah seorang juri tetap rancangan tersebut.

“Sebenarnya itu lakonan semata-mata ianya merupakan sebahagian teaser untuk promo program baharu. Video itu bukanlah gimik sangat pun, hanya tugasan biasa sahaja, konon-kononnya saya nampak kelibat mask misteri di rumah.

“Memandangkan saya ni pelakon yang memang beri 100 peratus komitmen, itu pasal nampak macam over pula,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nabila berkata gara-gara lakonannya itu dia menerima pelbagai mesej dan panggilan daripada keluarga dan kawan-kawan yang risaukan keadaan dirinya.

“Saya rasa bersalah pula. Tak tahu nak buat apa lepas video itu tular sampai saya rasa over sangat ke lakonan tu?

“Salah saya juga tak maklumkan pada orang terdekat mengenai perancangan video teaser itu dan memang semua orang tak tahu kecuali suami yang ada di rumah,” katanya.