fbpx

Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Menangis Teresak-Esak

Berdepan insiden mencemaskan, Nabila Huda tidak dapat mengawal perasan takut selpas rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan. Ketika kejadian berlaku dia keseorangan tanpa suami dan anak perempuannya.

BACA: Kehidupan Kembali Normal, Nabila Huda Lebih Seronok Berkurung Dengan Suami

“Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu.

“Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada. Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak?” kongsinya menerusi Insta Stories malam semalam.

Menurut Nabila, dia seolah merasakan bayangan atau kelibat yang dilihatnya itu merupakan seorang penceroboh. Ujarnya bayang tersebut kelihatan besar dan memakai baju warna hitam.

“Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.

“Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh macam mana ni weh? Weh saya takut gila. Saya takut,” katanya.

Dalam video tersebut, Abil menangis teresak-esak seolah buntu dan takut dengan insiden yang berlaku.  Apa pun diharap semuanya baik-baik sahaja dan segera membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara buruk terjadi.