fbpx

Video Menangis PM Letak Jawatan, Mila Jirin Nafi Dibayar

Semalam, menerusi satu perkongsian, penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan.

Mila berkata sebelum ini dia tidak pernah sedih jika Perdana Menteri lain meletakkan jawatan, namun kali ini berbeza apatah lagi kerajaan banyak membantu usahawan sepertinya.

BACA: Mila Jirin Menangis Sebak Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

Bagaimanapun, perkongsian videonya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang menduduhnya dibayar untuk bertindak sedemikian.

Tampil menafikan tuduhan tersebut, Mila berkata video tersebut adalah untuk mengucapkan terima kasih dengan bantuan diberikan pihak kerjaan serta meluahkan rasa sedih.

“Astaghfirullah, ada yang fitnah saya dibayar??? Ya Allah subsidi upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja… Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya. Salahkah sebagai hamba Allah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu?” tulisnya.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong sudah menerima surat perletakan jawatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seri Paduka Baginda perkenan melantik Muhyiddin sebagai “Caretaker” Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baru dilantik.