fbpx

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan.

Dalam video dikongsikan itu, Mila dilihat menangis dan berkata sebelum ini dia tidak pernah sedih jika Perdana Menteri lain meletakkan jawatan, namun kali ini berbeza.

BACA: Mila Jirin Terpaksa Buat Pinjaman Bank Bayar Gaji Pekerja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

“Aku tak tahu kenapa aku sedih, aku tak pernah pun sedih kalau Perdana Menteri nak letak jawatan sebelum ni. Tapi mungkin sebab dia (Muhyiddin) bantu aku. Dia bantu aku.

“InsyaAllah, aku doa sangat moga Allah mudahkan semua urusan orang kat Malaysia ni. Angkatlah Covid ni jauh-jauh Ya Allah,” luahnya.

Perkongsian Mila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih serta mengatakan ‘Abah’ sudah cuba sebaik mungkin dan sudah banyak membantu rakyat.

Hari ini, negara digemparkan dengan berita mengenai Muhyiddin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri esok.

Malah, kecoh apabila media melaporkan Muhyiddin dijangka meng­hadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.