fbpx

Video: Marsha Dan DJ Dave Bawa Semula Lagu Whitney Houston Versi Hindi

Sebelum ini, kami hanya pernah dengar versi live di’bawakan oleh Marsha Milan Londoh & DJ Dave dalam persembahan mereka namun hari ini mereka keluar dengan video muzik.

Untuk berlaku adil walaupun barang satu patah pun tidak kami faham, lagu I’ll Always Love You yang pada asal di’bawakan Whitney Houston ini berjaya di’bawa kembali dengan lenggok Hindustan tanpa mengorbankan keaslian lagu.

Selain menyampaikan lagu ini dalam bahasa Hindi, lagu ini juga memiliki tajuk baru iaitu I Always Love You yang di’khabarkan tajuk ini memang apa yang mereka daftarkan sebagai hakcipta.

Untuk hiburan anda di’petang hari sebegini dan jika anda memang peminat tegar hiburan Hindustan, ini video muzik wajib tonton. Enjoice!