fbpx

Video Makan Aiskrim Elfira Loy Undang Komen Lucah

Baru-baru ini, Elfira Loy ada memuat naik video memaparkan dia sedang menikmati sebatang aiskrim. Difahamkan video tersebut bagi memperomosikan satu jenama aiskrim.

Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang beranggapan gaya Elfira menikmati aiskrim tersebut boleh mengundang komen negatif. Seperti sudah dijangka, video tersebut dihujani komen berbaur lucah oleh netizen yang ‘berotak kuning’.

BACA: “Cerita Dah Lama, Sudah Tentu Saya Lalui Fasa Kecewa”

https://www.instagram.com/p/Bu0MTMbnwNO/?utm_source=ig_embed

Ada netizen berpendapat jika diikutkan video yang dikongsikan oleh Elfira hanya video biasa, namun lain pula di mata lelaki-lelaki miang. Kata netizen lagi, disebabkan pemikiran kotor seperti ini punca Melayu tidak maju kehadapan.

Ada saja tak kena di mata netizen. Makin parah netizen sekarang sehinggakan makan aiskrim pun nampak lucah di mata mereka. Rasanya kalau netizen berfikiran positif  video tersebut akan dilihat biasa sahaja.