Meskipun sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Faris Khairol Anuar, namun masih ada yang bertanyakan soalan kepada Elfira Loy mengenai keadaan dirinya selepas putus tunang dan apa yang menyebabkan dia membuat keputusan untuk menerima suaminya.
Menjawab pertanyaan netizen menerusi Insta Story, Elfira berkata dia juga melalui fasa kecewa namun dia memilih untuk tidak bercerita kepada orang lain dan berdiam diri sahaja. Ujarnya lagi, ketika itu dia banyak berdoa dan hanya percaya kepada ibu bapa serta keluarga.
BACA: Peminat Nampak Baby Bump, Elfira Loy Kini Hamil?
“Cerita dah lama tapi ramai tanya. Sudah tentu saya lalui fasa heartbroken juga. Tapi El diam tak cerita kat orang, tak tunjuk. Tak tahu nak percaya itu takdir atau ujian atau apa.
“Tapi El banyak berdoa dan hanya percaya pada ibu bapa dan keluarga. Sikit-sikit benda tu kita akan nampak bayangan dia. Tapi kita kena percaya itu adalah petunjuk Allah. Dengan keredhaan dan kepercayaan kepada Allah, Allah akan gantikan dengan kebahagiaan, InshaAllah,” tulisnya.
Selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September tahun lalu, Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami-isteri pada 1 Januari lalu di di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.