fbpx

Foto Babak Panas Zul Ariffin, Intan Najuwa Tersebar

Meskipun drama lakonan Zul Ariffin bersama Intan Najuwa baru saja disiarkan di kaca televisyen, namun ramai yang memuji keserasian kedua pelakon itu yang dilihat nampak ‘real’.

Sebelum ini kecoh apabila tular gambar Intan berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal menimbulkan rasa kurang senang netizen memandangkan status pelakon wanita itu yang sudah pun bergelar tunangan orang.

BACA: Tunang Kecewa Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya

Nampaknya nama Intan dan Zul itu sekali lagi hangat diperkatakan apabila tersebar beberapa foto terlebih mesra kedua pelakon itu di media sosial.

Foto tersebut memaparkan Zul mendakap erat heroinnya dengan aksi manja sambil bermandi-manda di pantai.

Terdahulu, Intan menjelaskan dia masih tahu menjaga batas sebagai tunangan orang dan gambar bersama Zul hanya untuk mempromosi drama lakonannya sahaja.

Apa pun, mungkin sahaja ini salah satu babak dalam drama mereka yang kini sedang ditayangkan di televisyen.