fbpx

Video: KRU Studios Lancarkan Trailer Pertama Filem Cinta Kura Kura

KRU Studios melalui laman Facebook & Twitter rasmi mereka baru sahaja berkongsi trailer pertama untuk filem terbaru mereka, Cinta Kura Kura.

Filem yang akan muncul sekitar tahun 2012 ini bertemakan komedi romantik yang di’arahkan oleh Nizam Zakaria.

Cinta Kura Kura mengisahkan tentang Nani (Tiz Zaqyah) yang memiliki seekor kura kura bernama Nico (suara oleh Zizan Raja Lawak) yang mampu berkomunikasi dengan manusia.

Kisah filem ini banyak berkisar tentang jejaka sebelah rumah yang meminati Nani & cubaan Nico untuk menghalangnya serta pemilik kedai haiwan peliharaan yang mempunyai agenda untuk menjual Nico untuk keuntungan.

Dari pandangan pertama trailer, filem ini seperti boleh pergi jauh namun KRU Studios popular dengan trailer gempak, tapi filem hancur bak tomato basi. Contoh; Karak, Hikayat Merong Mahawangsa.

Trailer pertama Cinta Kura Kura arahan Nizam Zakaria & terbitan KRU Studios selepas ini. Enjoice