fbpx

Video: Konsert Simple Plan Di Kuala Lumpur, Kami Terimbau Kenangan Lama

Ketika Simple Plan keluar dengan album pertama sekitar tahun 2002, kami sedang menempuh hari hari sebagai seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia. Dan, semalam kami hadir ke konsert mereka membuat liputan.

Siapa boleh terlepas dengar lagu Perfect yang cukup kerap bermain di radio ketika itu dan menjadi salah sebuah lagu kegemaran kami sepanjang masa. Dan, malam tadi kami lihat mereka nyanyikan secara live.

Konsert tour Get Your Heart On! semalam yang di’bawakan oleh Tune Talk dengan kerjasama Fat Boys & JS Concert merupakan kemunculan kali kedua Simple Plan ke Malaysia selepas konsert pertama beberapa tahun dahulu.

Simple Plan tampil di’atas pentas sekitar pentas sekitar jam 9.30 malam membawakan barisan lagu hits mereka seperti Welcome To My Life, I’d Do Anything, I’m Just A Kid dan Perfect — juga lagu dari album terbaru Get Your Heart On! berjudul Jet Lag & Astronaut.

Saksikan video sedutan persembahan mereka yang kami kumpulkan untuk anda selama hampir tujuh minit untuk lihat apa yang anda terlepas di’konsert malam tadi. Siapa mahu pergi konsert Avril Lavigne?