Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita. Dalam beberapa hair ini’lah, akan banyak statistik dunia hiburan 2010 akan timbul.
Video terbitan Gen I ini adalah rangkuman filem 2010 kegemaran kami. Dengan berlatarbelakangkan muzik yang segar & mantap, footage ini tepat mengambarkan mood filem sepanjang 2010.
Sebanyak 270 filem di’muatkan dalam video berdurasi 6 minit ini termasuk filem hits seperti Inception, Despicable Me, The Social Network, Shutter Island, Iron Man 2 & Scott Pilgrim vs. the World.
Senarai penuh filem yang ada dalam video ini boleh di’dapati di Filmography 2010 (Google Doc). Berapa banyak sudah anda tonton?