fbpx

Video: Joey Merancang Kahwini Watie Elite Januari, Syukur Dengan Hubungan

Malam malam begini, kita layankan kisah artis yang ringan ringan sudah’lah ya? Kepala pun sedikit pening.

Awal petang tadi selepas berlangsung’nya majlis pengumuman peserta untuk program Maharaja Lawak Mega, kami sempat bertemu dengan Joey.

Apa lagi soalan yang boleh kami ajukan sebagai ‘wartawan kontroversi’ bak kata salah seorang peserta selain isu perkahwinan beliau dengan kekasih tersayang, Watie Elite.

Joey atau nama sebenar beliau Zulkifli Daud berkata dengan izin Allah, Januari 2012 merupakan tarikh yang di’tetapkan untuk mendirikan rumahtangga bersama Watie Elite.

Namun begitu, Joey turut menyerahkan semuanya kepada takdir untuk menentukan sama ada perancangan beliau untuk hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah bersama Watie Elite tercapai dalam waktu sasaran.

Bagus juga Joey mempunyai perancangan sebegitu dan kami sentiasa doakan mereka berdua akan bersatu Januari ini. Jangan lupa layangkan kad jemputan buat kami di’sini.