fbpx

Video: James Lee Perlihatkan Trailer Penuh Untuk Petaling Street Warriors

Entah kenapa kami rasa James Lee belum menerima pengiktirafan selayak'nya atas kreativiti beliau.

Dan kami berharap filem berjudul Petaling Street Warriors ini mampu membuka mata peminat filem tempatan akan kebolehan sebenar James Lee.

Hari ini, James Lee melalui syarikat produksi beliau Doghouse73 Pictures melepaskan video trailer penuh untuk filem terbaru arahan pengarah berbakat ini dan ia'nya nampak menjanjikan sesuatu.

Petaling Street Warriors merupakan sebuah filem yang mengangkat genre aksi komedi dengan menampilkan Jalan Petaling sekitar tahun 1908 sebagai latar utama.

Pada awal pengumuman tentang filem ini, ramai peminat & pengkritik filem mengatakan filem James Lee ini mahu meniru Kung Fu Hustle namun di'sangkal oleh pengarah ini sendiri dan kami benar benar mengharapkan kelainan.

Filem Petaling Street Warriors akan menemui penonton di'pawagam seluruh Malaysia pada 1 Disember 2011 ini dan anda boleh layankan trailer penuh selepas ini. Enjoice!

zp8497586rq