fbpx

Video: Iklan Raya Adilfitri Bernas Mampu Buat Hati Menangis Sayu

Nampak tidak permainan jiwa kami dalam tajuk artikel? Kami lelaki jiwa kental pun hampir menitis air mata menonton iklan raya terbaru daripada Bernas ini.

Terdahulu: Redza Minhat dalam iklan raya 2012 PETRONAS

Iklan raya Aidilfitri terbitan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) ini kami boleh kira sebagai filem pendek yang sangat berkesan sesuai dengan tema hari raya.

Mengisahkan dua orang anak yatim, Ahmad & Fizi yang punyai hubungan persahabatan unik kerana saling melengkapi dalam cabaran mereka untuk pulang ke kampung.

Dalam video ini, anda boleh lihat yang mana Fizi menjadi suara buat Ahmad & Ahmad pula menjadi mata buat Fizi. Simbolik yang sangat indah jika anda tanyakan kepada kami.