fbpx

Video Hamil Hanya Gimik, Netizen Bengang Dengan Bella Dally

Baru-baru ini, Bella Dally ada berkongsikan video memaparkan ujian alat kehamilan dan rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa pelakon itu kini berbadan dua.

Perkongsiannya itu membuatkan ramai netizen teruja dan mengucapkan tahniah malah rakan artis juga turut bertanyakan adakah benar perkhabaran tersebut.

BACA: Tunjuk Alat Ujian Kehamilan, Bella Dally Kini Hamil?

Bagaimanapun, isu mengenai kehamilan itu akhirnya terjawab apabila memuat naik satu lagi video dan rupanya ia merupakan gambaran kepada ‘kelahiran’ produk terbarunya.

https://www.instagram.com/p/B1vzSJlhTJg/?utm_source=ig_embed

Meskipun ramai yang gembira dengan produk terbaru itu, namun ada segelintir netizen meluahkan rasa bengang seolah tertipu dengan gimik tersebut serta menyifatkan ianya marketing paling teruk. Malah, netizen mendakwa jika suatu hari nanti betul-betul hamil, tiada orang akan percaya.

Namun, ada netizen tampil mempertahankan Bella bahawa tiada salahnya dengan strategi pemasaran pelakon itu. Netizen itu turut membidas orang ramai yang asyik sibuk dengan hal selebriti dan hanya tahu mencari salah mereka sahaja.

Netizen turut memuji idea Bella yang berfikir diluar kotak dan idea tersebut lain dari yang lain.  Apa pun tahniah diucapkan kepada Bella di atas produk baru tersebut. Mana tahu atas berkat doa netizen, tak lama lagi kita dengar perkhabaran Bella bakal menimang cahaya mata pula.