fbpx

Tunjuk Alat Ujian Kehamilan, Bella Dally Kini Hamil?

Tindakan Bella Dally memuat naik sebuah video memaparkan alat uji kehamilan di akaun Intagram miliknya ternyata menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen.

Menerusi video yang dikongsikan, alat uji kehamilan tersebut menunjukkan dua garisan yang membawa maksud disahkan positif hamil.

BACA: Bella Dally Tak Puas Hati Foto Kahwin Lama Disalahguna

Ruangan komen entri tersebut dihujani dengan pertanyaan daripada rakan artis dan peminat yang bertanyakan tentang perkhabaran gembira itu.

https://www.instagram.com/p/B1q3FyvhZWy/?utm_source=ig_embed

Meskipun tiada jawapan balas diberikan oleh Bella, namun rata-rata mereka tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Bella. Bagaimanapun, perkara itu bakal terjawab pada 29 Ogos ini berdasarkan tarikh yang dipaparkan di video tersebut.

Bella Dally mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin pada 31 Mac lalu. Jika benar berita ini, pasti gembira peminat Bella semua dan ramai tidak sabar menantikan Bella Junior.