fbpx

Video & Gambar: Nelly Ketika Sidang Akhbar Konsert Suara Kami 2011

Kami rasa ada baiknya kami mulakan siri entri untuk konsert Suara Kami 2011 dengan beberapa video dan gambar dari sidang akhbar yang di’adakan di sebelah pagi 17 September.

Sidang akhbar Suara Kami 2011 di’adakan di Hotel Mandarin Oriental, KL dan menampilkan hampir semua artis yang bakal muncul pada konsert sebelah malam’nya.

Nelly merupakan salah seorang artis antarabangsa yang sudi untuk turun dan bertemu media untuk sessi beramah mesra. Kami hargainya kerana artis antarabangsa memang terkenal dengan perangai bukan bukan.

Ini merupakan pertama kali rapper berpengaruh Amerika Syarikat & pemenang Grammys ini turun ke Malaysia dan kami sebenarnya suka cara Nelly menjawab soalan.

Video & gambar Nelly di sidang akhbar konsert Suara Kami 2011 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur selepas ini. Enjoice!

Gambar & video terima kasih kepada jurugambar penuh dedikasi kami Abdus Fauzi, Adam Noah & Adie Zhafnim. Kami akan terus bekerjasama untuk membawakan yang terbaik untuk anda.