Kami baru sahaja pulang dari membuat liputan di’lokasi penggambaran filem terbaru berjudul Taikun.

Filem yang di’bintangi oleh Along Cham & Angah Raja Lawak ini bakal menemui peminat mereka sekitar pertengahan tahun hadapan dan kami sempat menemubual mereka berdua.

Dalam sembang ringan antara kami bersama Angah Raja Lawak, sempat kami bergurau tentang kisah cinta & gossip peribadi beliau.

Pelawak yang mula popular melalui program realiti Raja Lawak ini sempat berseloroh berkata yang beliau ada menaruh hati kepada Fara Fauzana.

Angah Raja Lawak juga ada memberitahu kami yang beliau mendapat tahu Fara Fauzana kini sedang mengalami demam yang agak teruk sejak dua minggu yang lalu.

Kami masih belum berjaya menghubungi Fara Fauzana sehingga ke saat ini — mungkin kerana ia’nya sudah lewat pagi dan kami akan pastikan maklumat terkini berkaitan Fara Fauzana akan kami sampaikan secepat mungkin.

Sementara itu, kami berjaya rakamkan sebuah video ucapan semoga cepat sembuh khas dari Angah Raja Lawak buat Fara Fauzana yang kami harap bakal membaca artikel ini.