fbpx

Video Elly Mazlein Nampak Baby Bump, Peminat Ucap Tahniah

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, ramai peminat mendoakan penyanyi dan pengacara Elly Mazlein agar segera menimang cahaya mata.

Sejak kebelakangan ini tular spekulasi mengenai Elly dikatakan sudah berbadan dua, namun tuan punya badan masih belum lagi mengesahkan perkara itu.

BACA: Peminat Puji Elly Mazlein Doakan Kesembuhan Faye Kusairi

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video perkongsian radio Suria FM di aplikasi TikTok apabila kelihatan baby bump Elly.

@suriamalaysia

SURIA Cinta bersama Elly Mazlein & @djlinsuriacinta

? original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

Lebih mengukuhkan khabar angin tersebut adalah perbualannya bersama penyampai radio DJ Lin yang seakan teruja selepas diberitahu sesuatu oleh Elly.

Ruangan komen video TikTok itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang begitu teruja melihat penampilan Elly.

Malah, ada yang mengatakan mereka yakin bahawa Elly kini berbadan dua melihatkan daripada bentuk badan dan pergerakkannya.

Meskipun sudah menerima ucapan tahniah daripada peminat, namun Elly sendiri masih belum mengiyakan perkara tersebut. Apa pun sama-sama kita nantikan perkhabaran gembira itu.