fbpx

Peminat Puji Elly Mazlein Doakan Kesembuhan Faye Kusairi

Perkongsian pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom dipuji peminat apabila mendoakan kesihatan Faye Kusairi yang tiba-tiba diserang Bell Palsy baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Kak Lina memuat naik satu posting sambil menitipkan doa buat seseorang. Bagaimanapun, tidak ditulis kepada siapa kata-kata doa itu ditujukan’

BACA: Elly Mazlein Bahagia Kembali Sambut Syawal Sebagai Isteri

Bagaimanapun rata-rata peminat yakin bahawa doa yang dititipkan Kak Lina itu ditujukan khas buat Faye yang kini masih belum pulih sepenuhnya meskipun sudah dibenarkan pulang ke rumah.

“Tiada tepukan, tiada hilai tawa. Hanya yang ada, doaku buatmu. Semoga dipermudahkan dan semoga cepat sembuh,” tulisnya.

Perkongsian Kak Lina itu mendapat pujian ramai yang menyifatkan pelakon Kampung People itu seorang yang baik hati dan tidak berdendam meskipun pelbagai dugaan dilalui sebelum ini.

Terdahulu, hangat diperkatakan kemelut Elly dengan bekas suaminya pengarah drama Azmi Hatta yang kemudian berkahwin dengan Faye. Lebih hangat apabila dia didakwa tidak membayar nafkah anak tunggal mereka.