Sudah lewat pagi mengikut waktu Rotikaya HQ dan kami masih mengetuk papan kekunci membawakan yang terbaik untuk anda pembaca tersayang. Cewah.

Masih dalam mood Anugerah Skrin 2011 dan terkejut Rozita Che Wan yang tiba tiba terpilih sebagai pengacara. Berjaya gimik mereka ke'atas kami.

Kali ini bukan lagi berkisar tentang Rozita Che Wan tetapi tentang salah sebuah produksi yang berjaya menempatkan antara calon terbanyak dalam semua kategori Anugerah Skrin 2011.

Metrowealth International Group (MIG) berjaya meletakkan 11 buah filem cereka, sebuah drama bersiri (Adnan Sempit The Series) & buat julung kali'nya sebuah telemovie berjudul Korban Kasih Abah sebagai senarai pencalonan terakhir.

Kami berjaya mendapatkan kenyataan dari David Teo berkenaan harapan beliau terhadap semua pencalonan untuk Anugerah Skrin kali ini.

Dan sedikit pesanan buat pembaca semua, filem terbaru MIG berjudul Alamak Toyol bakal di'tayangkan bermula 3 November 2011 ini.

zp8497586rq