fbpx

Video Cium Dengan Suami Dikecam, Ini Jawapan Eina Azman

Bahagia melayari kehidupan perkahwinan bersama, pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan ke empat mereka.

Menerusi Instagram, Eina Azman memuat naik video bercium dengan suami tercinta. Seperti sudah dijangka video tersebut mengundang kecaman dari netizen yang berpendapat tindakan Eina kongsikan video itu kepada umum dikatakan kurang manis.

BACA: Tempah Hotel Untuk Bibik Sakit, Eina Azman Dipuji

Kata netizen lagi, biarpun sudah berkahwin tidak perlu tunjukkan kemesraaan suami isteri kepada umum kerana media sosial bukan untuk orang dewasa sahaja malah ramai pengguna remaja dan budak sekolah, bimbang ianya akan menjadi ikutan.

Tidak mahu membiarkan kebahagiaan yang dimiliki diperkotak-katikkan, Eina Azman membalas kecaman tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, rata-rata peminat menyokong tindakan Eina dengan mengatakan mereka sudah berkahwin dan mempunyai hubungan yang halal. Ada juga yang memuji hubungan romantik pasangan tersebut walaupun sudah empat tahun berumah tangga.