fbpx

Tempah Hotel Untuk Bibik Sakit, Eina Azman Dipuji

Selain gelagat anak kembar yang menjadi perhatian, ramai yang suka mengikuti perkembangan Datin Paduka Eina Azman yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan penyayang.

Jika anda mengikuti Instagram beliau, Datin Eina Azman sering memuat naik video pembantu rumahnya. Memang Eina sayang sangat dengan pembantu rumahnya dan sentiasa melayan mereka dengan baik.

Baru-baru ini, Eina Azman memuat naik videonya bertemu dengan pembantu rumahnya selepas dua bulan tidak berjumpa.

Menerusi video tersebut, Eina dilihat memeluk erat pembantu rumahnya yang kembali bertugas selepas berehat selama 2 bulan akibat serangan penyakit TB.

https://www.youtube.com/watch?v=Yf5sRoxKVpI

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah Eina dan suami sanggup menempah hotel selama 60 hari buat pembantu rumahnya untuk berehat kerana mengikut saranan doktor bimbang penyakit itu akan berjangkit dengan anak kembarnya.

Sikap pasangan itu dipuji netizen kerana amat prihatin dan bertanggungjawab ke atas pekerja mereka. Rata-rata netizen mendoakan agar pasangan itu diberi kebahagian berpanjangan.