Umum mengetahui, pasangan pengantin baru Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah kini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi selepas sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu.

Menerusi di TikTok @shuibsepahtu73, turut dikongsikan video daripada Instagram @iamwatie memaparkan wajah pelawak itu, serta kapsyen daripada Watie.


BACA: Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Watie Sifatkan Shuib Suami Kiriman Tuhan

@shuibsepahtu73

Replying to @ina ???? #watieshuib #shuibsepahtu #shuibsepahtu? #masukfyp #berandafyp #fyp #watiehanifiah #foryoupage

? Ya Rabb ???? – Muhajir Lamkaruna

“Eh…bangun pagi know-know dah ada husband @shuibsepahtu,” tulis Watie.

Namun, diruangan komen perkongsian video itu dipenuhi dengan komen yang disifatkan sangat biadab dan lucah daripada netizen.


Dapat dilihat ada yang meninggalkan komen double meaning mengatakan Shuib dilihat nampak penat dan ‘lemas’ malam tadi.

Dalam pada itu, ada yang kurang senang dengan komen lucah netizen lain serta meminta supaya mendoakan yang baik-baik buat pasangan tersebut.