Jika anda peminat lagu Ahmad dendangan Arrora Salwa, pasti lagu kedua beliau berjudul Kau Tak Menarik Lagi ini akan turut menarik perhatian anda semua.

Telah pun di’mainkan di corong radio tempatan dan mendapat maklumbalas positif daripada peminat, Arrora Salwa tampil dengan video muzik rasmi untuk lagu ini.

Untuk Kau Tak Menarik Lagi, pihak Sony Music Entertainment Malaysia bekerjasama dengan pihak Rotikaya Entertainment untuk menampilkan lagu terbaru ini dalam visual berkualiti.

Single kedua Arrora Salwa ini merupakan hasil ciptaan Panji Sakti & untuk video muzik Kau Tak Menarik Lagi ini mendapat sentuhan pengarah Khairul Hazwan. Enjoice!