fbpx

Khamis lalu, kami di’jemput oleh pihak Sony Music Entertainment untuk menghadiri pra-dengar lagu lagu terbaru dari album kedua Alif Satar.

Alif Satar yang kini sedang popular dengan lagu Lelaki Seperti Aku berkata beliau teruja dengan peluang untuk merakamkan album kedua bersama Sony Music.

Album kedua Alif Satar yang juga berjudul Lelaki Seperti Aku memuatkan tujuh buah lagu termasuk Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi, Abdul, There We Go & Timeless.

There We Go merupakan percubaan pertama Alif Satar dalam mendendangkan lagu yang sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan lagu tersebut di’cipta oleh komposer & juga penyanyi Amirah Ali.

Timeless pula merupakan duet antarabangsa pertama Alif Satar yang menampilkan seorang penyanyi popular dari Filipina, Julia Abueva dan lagu ini merupakan nyanyian asal Kelly Clarkson & Justin Guarini.

Kami tertarik dengan sebuah single berjudul Abdul yang di’muatkan dalam album kedua Alif Satar ini dan penyanyi ini sendiri berkata beliau berharap lagi yang catchy ini boleh menjadi single kedua sebagai pertaruhan.