Kami mahu letakkan Akademi Fantasia (AF) di’belakang nama mereka namun sudah sampai masa’nya untuk berhenti beri gelaran nama dengan penghujung AF — program juga tidak akan di’sambung.


Semalam, kami bertuah kerana berpeluang ke konti tempat bersiaran Era FM untuk menjalankan sesi temubual dan fotografi bersama Adi Fashla & Zahid.

Mereka berdua merupakan gandingan terbaru yang di’perkenalkan Era FM untuk mengendalikan slot Petang ERA yang bersiaran setiap hari bermula jam 4 petang sehingga 8 malam.

Slot yang sempurna untuk anda dengarkan jika pulang dari kerja & tersangkut dalam kesesakan lalu lintas — mereka juga akan berikan update terkini dunia hiburan dalam & luar negara.

Saksikan video gelagat Adi Fashla & Zahid di’atas untuk mengetahui betapa meriahnya konti siaran radio mereka setiap kali pasangan ini bersiaran di slot Petang ERA. Enjoice!