fbpx

Video: Adele Lancar Video Muzik Rasmi Untuk Lagu ‘Someone Like You’

Siapa yang tidak pernah dengar lagu berhantu nyanyian Adele, Someone Like You yang menjadi siulan sehingga ke hari ini.

Terbaru, selepas menerima jutaan permintaan dari peminat, Adele melancarkan video muzik rasmi untuk lagu berhantu beliau itu hari ini untuk tontonan semua.

Video tersebut yang di’rakamkan 100% dalam versi hitam dan putih menunjukkan kamera mengikut perjalanan penyanyi berusia 23 tahun ini berjalan sekitar Paris. Ah, memori.

Adele juga baru baru ini mengumumkan beliau akan mengatur kembali jadual konsert jelajah beliau selepas sembuh dari sakit dada yang di’alami. Video Someone Like You selepas ini.